Proses Pemutihan Program 6P Tamat Pada 10 Januari:KDN - Berita Semasa | mStar

Proses Pemutihan Program 6P Tamat Pada 10 Januari:KDN

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negari (KDN) pada Khamis memaklumkan tarikh tamat Proses Pemutihan Program 6P ialah pada 10 Jan ini.

KDN dalam satu kenyataan pada Khamis berkata penjelasan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat berikutan desas-desus yang mengatakan ia akan tamat Jumaat.

Kerajaan mengadakan proses pemutihan dan pengampunan besar-besaran untuk pekerja asing tanpa izin (PATI) bagi merekod serta mendaftarkan golongan itu di negara ini melalui Program 6P (fasa pertama) pada 1 Ogos tahun lepas.

Berikutan inisiatif beberapa syarikat pengurusan yang turun ke ladang di kawasan pedalaman untuk memujuk PATI mendaftar, kerajaan melanjutkan tarikh itu, yang sepatutnya tamat pada 21 Ogos 2011, ke 31 Ogos tahun sama.

Fasa kedua Proses Pemutihan Program 6P bermula pada 10 Okt tahun lepas sehingga 10 Jan 2012. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan