Pendidikan Vokasional Perlukan Perubahan Besar & Segera - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat melahirkan kebimbangan Malaysia tidak akan menjadi negara kompetitif dan terus ketinggalan sekiranya pendidikan vokasional tidak mengalami perubahan besar dan segera. Mengambil kira perkembangan yang berlaku di negara maju dan serantau, Timbalan Perdana Menteri berkata kejayaan negara perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik tetapi definisi baru kejayaan ialah melalui bidang teknikal dan vokasional.

"Tugas yang paling mencabar ialah menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang," katanya ketika melancarkan Transformasi Pendidikan Vokasional, di Institut Jerman-Malaysia Bangi, Jumaat.

Turut hadir ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, pertumbuhan ekonomi nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang teknikal dan vokasional.

Beliau berkata, kerajaan telah mengambil langkah proaktif sejak tahun 2009 dengan melihat pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional di negara maju dan serantau.

Katanya, kadar purata kemasukan pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) adalah 44 peratus berbanding hanya 10 peratus di Malaysia.

"Jika melihat kepada negara-negara maju, pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu kekuatan utama dalam sistem pendidikan di semua negara itu.

"Sebagai contoh, di Jerman, Finland dan Austria hampir 50 hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa (4-5 tahun) dan program perantisan," katanya.

Muhyiddin berkata, di negara-negara tersebut, para pelajar diberi pilihan untuk mengikuti pendidikan vokasional pada umur 14 tahun lagi.

Malah, katanya, di negara-negara serantau seperti Indonesia dan Thailand, kemasukan pelajar yang mengambil aliran itu di peringkat menengah atas turut menjangkau 40 hingga 60 peratus.

Justeru, Muhyiddin berkata, pendidikan vokasional di negara ini juga sedang menuju ke arah konsep pendidikan untuk semua seperti yang digariskan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Selain itu, katanya, program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) juga dibentuk bertujuan memberi pilihan alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pendidikan bercorak 'hands on' dan berasaskan pekerjaan dari peringkat menengah rendah lagi sehingga ke tahap Kolej Vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (LLKA) dan Swasta (ILKS).

Katanya, bagi merancakkan transformasi pendidikan vokasional, sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dinaik taraf mejadi KV rintis pada tahun ini.

"Dengan terlaksananya transformasi ini, maka aliran vokasional tidak boleh lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua kerana pelajar-pelajar yang keluar nanti adalah pekerja mahir yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi," katanya.

Muhyiddin berkata, transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan melalui lima strategi merangkumi transformasi kurikulum pendidikan vokasional; transformasi institusi pendidikan vokasional; kolaborasi dengan rakan strategik dalam industri; transformasi pentaksiran pendidikan vokasional dan transformasi organisasi pendidikan vokasional.

Katanya, kementerian juga menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama antara institusi latihan PAV dan KV dengan industri bagi memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar.

"Hari ini termeterai perjanjian persefahaman di antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan 11 rakan strategik iaitu industri, agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat," katanya.

Selain itu, katanya, pelaksanaan konsep 5S yang berasal dari Jepun iaitu sisih, sapu, susun, seragam dan selalu amal perlu menjadi budaya dalam pengurusan tempat kerja terutamanya di bengkel-bengkel dan pejabat bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan pengurusan kerja yang lebih teratur.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan Sijil 5S kepada lapan buah sekolah teknikal dan vokasional. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan