Media Malaysia, Indonesia Perlu Sebar Berita Tepat

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Media Malaysia dan Indonesia perlu bertanggungjawab dalam menyalurkan maklumat yang tepat apabila timbul sesuatu isu melibatkan kedua-dua negara. Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, ia perlu bagi memastikan sesuatu kejadian atau isu itu mudah difahami.

"Bagi media Indonesia dan Malaysia, tanggungjawab itu perlu diberi perhatian serius...jika timbul sesuatu isu, maklumat tepat perlu diberikan kepada rakyat kedua-dua negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan program "Bicara Rakyat" yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia dari Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini, malam Khamis.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar yang menjadi ahli panel pada program itu berkata, media di Malaysia dan Indonesia perlu memainkan peranan aktif dalam menyebarkan berita yang tepat.

"Perlu ada satu tanggungjawab dalaman di pihak media Indonesia mahupun Malaysia untuk memastikan maklumat yang disampaikan perlu bebas dan pada masa sama mengambil kira hubungan rakyat kedua-dua negara," katanya.

Program itu turut mengundang dua tokoh wartawan Indonesia iaitu Ketua Dewan Kehormat Persatuan Wartawan Indonesia, Tarman Azzam dan Ketua Pegawai Eksekutif Jurnal Nasional Kumpulan Media Indonesia Syamsudin Haesy bagi mengupas tajuk "Transformasi Media Dalam Membangun Negara Bangsa".

Tarman berkata, program seperti "Bicara Rakyat" perlu diteruskan dengan lebih kerap kerana ia mampu memberi ruang kepada pengamal media untuk membuat penjelasan kepada rakyat tentang peranan dan tanggungjawab media.

Syamsudin pula berkata, hubungan erat antara Indonesia dan Malaysia mampu bertahan dengan dibantu oleh perbincangan berterusan melalui program seumpama itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan