Kementerian Pelajaran Bantu Keluarkan Lebih Ramai Jurukimpal Untuk Industri Minyak & Gas

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Kementerian Pelajaran pada Jumaat menandatangani perjanjian dengan Shell Malaysia untuk membantu melatih dan mengeluarkan lebih banyak jurukimpal khusus untuk industri minyak dan gas.

Shell Malaysia dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai dengan kementerian itu, syarikat minyak itu akan melabur RM100,000 setahun untuk tempoh lima tahun bagi menyediakan program kimpalan khusus kepada pelajar terpilih di Sekolah Menengah Teknik Bintulu.

Latihan itu, berdasarkan Kurikulum Latihan Vokasional Negara untuk Jurukimpal, adalah sebahagian daripada program "Latihan Perindustrian Juru Kimpalan" atau Projek LINK syarikat itu.

Shell sebelum ini memperuntukkan RM200,000 untuk memulakan program itu dengan menyediakan peralatan dan kelengkapan perlu di sekolah itu. Program itu dilaksanakan susulan kejayaan Projek LINK yang diusahakaan oleh Shell dengan dua lagi sekolah teknik di Miri kira-kira 20 tahun lepas.

Tom Wong, Pengurus Besar (Pembuatan), yang menandatangani MoU itu bagi pihak Shell MDS (M) Sdn Bhd, berkata,"Shell sedar bahawa ketika Malaysia berusaha menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, ia akan memerlukan banyak pekerja berkelayakan, kompeten dan berkemahiran.

Menerusi Projek LINK, kami menyediakan peluang kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang kimpalan untuk diambil bekerja oleh industri minyak dan gas."

Majlis simbolik bertukar dokumen bagi pengesahan MoU itu diadakan di sini hari ini dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan