Enam Warga Malaysia Menetap Di Luar Negara Gagal Daftar Sebagai Pengundi Tidak Hadir

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam warga Malaysia yang bekerja dan menetap di United Kingdom pada Jumaat gagal dalam usaha mereka untuk didaftarkan sebagai "pengundi tidak hadir" selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir pada pilihan raya umum akan datang.

Hakim Datuk Rohana Yusuf memutuskan keenam-enam mereka, yang merupakan pemohon dalam kes itu, jelas tidak termasuk dalam kategori pengundi yang boleh dianggap sebagai 'pengundi tidak hadir' mengikut Peraturan 2, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Katanya di bawah peraturan itu, kategori 'pengundi tidak hadir' ialah anggota angkatan tentera, penjawat awam yang berkhidmat di luar negara, pelajar universiti dan pasangan mereka.

"Adalah jelas bahawa pemohon-pemohon tidak termasuk di bawah mana-mana kategori ini. Oleh yang demikian, apabila pemohon memohon kepada SPR untuk didaftarkan sebagai "pengundi tidak hadir" permohonan mereka ditolak oleh SPR mengikut Peraturan 2," katanya.

Dalam penghakiman sembilan muka surat, Hakim Rohana juga memutuskan permohonan oleh kenam-enam mereka bagi semakan penghakiman untuk membatalkan keputusan SPR adalah tidak munasabah dan menjurus kepada pencabulan proses mahkamah.

"Dengan ini, saya menolak permohonan pemohon-pemohon. Saya tidak mengeluarkan perintah berkaitan dengan kos," katanya.

Hakim Rohana berkata mahkamah juga tidak dapat mengeluarkan perintah mandamus sepertimana dipohon oleh pemohon supaya mahkamah memerintahkan SPR mendaftarkan pemohon sebagai pengundi tidak hadir kerana ianya sama seperti memerintahkan SPR bertindak terhadap peruntukan undang-undang yang sah, berkuat kuasa dan kekal tidak tercabar.

Pada 25 Okt tahun lepas, enam pemohon itu doktor Teo Hoon Seong, 43, jurutera elektrik V. Vinesh, 32, ahli perniagaan Paramjeet Singh, 54, doktor Yolanda Sydney Agustin, 31, penterjemah Sim Tze Wei, 28, dan arkitek perisisn Leong See See, 41 memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan SPR sebagai responden tunggal.

Mereka memohon, antara lain, satu deklarasi bahawa mereka warganegara Malaysia dan mempunyai hak untuk didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir dan perintah mandamus untuk memaksa EC mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir dan perintah lain yang akan membolehkan mereka didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir atau pengundi pos pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan