Demo 901: PKR Temui Polis

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali pada Jumaat hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur bagi mengadakan perbincangan berhubung rancangan demonstrasi 901 Isnin ini.

Kesemua pemimpin pembangkang itu tiba di perkarangan IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi.

Selain Mohamed Aznin, empat yang lain ialah Naib Presiden, N. Surendran; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi, Mohd Rafizi Ramli.

Mohamed Azmin pada Khamis menyatakan kesediaannya untuk berbincang dengan Ketua Polis Kuala Lumpur bagi memastikan demonstrasi Isnin ini berjalan dengan lancar tanpa mengganggu ketenteraman awam.

PKR dilaporkan bertekad mengumpulkan seramai 100,000 penyokong di pekarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan