Umno Mahu Rampas Semula Kerusi Parlimen Majoriti Peneroka Felda

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Umno berhasrat merampas semula kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti peneroka Felda pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, terdapat 54 kerusi Parlimen di tanah rancangan Felda atau 24 peratus daripada 222 kerusi.

"Hasrat kita ialah semua kawasan Parlimen yang kalah (pada pilihan raya lepas) kita nak menang kali ini, dan antaranya kawasan seperti Tanah Merah (Kelantan), Baling, Padang Terap dan Sik (Kedah)," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Sebelum itu, Ahmad menghadiri pertemuan bersama Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (Gempak) di pejabatnya.

Mengenai strategi 'luar biasa' untuk memenangi kawasan majoriti Felda, beliau berkata, "ia adalah satu rahsia". Bagaimanapun, katanya, masyarakat Felda menerima baik langkah yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memajukan Felda.

"Anak-Anak Felda tidak akan mengecewakan pengasas Felda," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan