PRU: Wanita BN Perak Kemuka Lebih Ramai Nama Calon - Berita Semasa | mStar

PRU: Wanita BN Perak Kemuka Lebih Ramai Nama Calon

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Wanita Barisan Nasional (BN) Perak telah mengemukakan sejumlah nama untuk dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini melebihi jumlah yang diserahkan mereka bagi pilihan raya umum 2008.

Namun Ketua Pergerakan Wanita Umno Perak, Datuk Rusnah Kassim berkata Wanita BN Perak tidak terdesak bagi memenuhi kuota 30 peratus yang dipersetujui oleh kepimpinan atasan, sebaliknya terdapat kriteria tertentu yang membolehkan seseorang calon wanita dipilih menjadi calon bagi kerusi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

"Kita (Wanita BN Perak) telah kenal pasti dan nama-nama itu telah kita hantar kepada pimpinan atasan. Seperti yang kita cakapkan dulu, kita memang mahukan kuota 30 peratus (calon wanita) tapi kita tidak terdesak.

"Kalau kita (wanita) mahukan kuota itu sedangkan tidak layak, tidak ada guna juga. Kita mahukan calon wanita yang layak dan berupaya menjalankan tanggungjawab," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Rusnah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta berkata nama lima wakil rakyat Wanita BN dari Umno yang menang pada pilihan raya umum lepas dikekalkan. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan