PKR Namakan Calon Berpotensi Bagi Kerusi Parlimen Kanowit

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menamakan guru bersara Thomas Laja sebagai calon berpotensi dalam pilihan raya umum akan datang di Sarawak bagi kerusi Parlimen Kanowit yang dipegang oleh Datuk Aaron Dagang daripada Barisan Nasional (BN) yang menang tanpa bertanding pada pilihan raya umum 2008.

Laja berasal dari Nanga Jagau di bahagian pedalaman Ngemah di Kanowit, diperkenalkan hari ini pada persidangan akhbar mingguan oleh Pengerusi PKR Bahagian Lanang George Chen.

Chen berkata beliau merasakan pertandingan bagi kerusi itu bukan satu lawan satu antara PKR dan BN kerana calon bebas dijangka akan turut bertanding.

Kanowit adalah kerusi majoriti kaum Iban di luar bandar, yang pernah disandang oleh pemimpin politik Iban Tan Sri Leo Monggie, yang telah bersara dan kini merupakan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Tian Chua dan Ketua Wanita Zuraida Kamarudin dijangka menghadiri satu perhimpunan di Kanowit pada 20 Januari depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan