Perhimpunan Haram Boleh Sebabkan Malaysia Kehilangan Pelabur Berpotensi - Mukhriz

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram boleh menyebabkan Malaysia kehilangan pelabur berpotensi, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indusri Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya setiap kali berlakunya perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan dan ia mendapat liputan meluas dari media antarabangsa, secara tidak langsung ia akan menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang selama ini menikmati kestabilan politik.

"Apabila kita ke luar negara mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan, kerap kali kita dimaklumkan bakal pelabur itu bahawa minat mereka terhadap Malaysia, pertamanya adalah kerana kestabilan politik."

"Itu kadang-kadang satu perkara yang kita ambil mudah, jadi kita tak perasan bahawa itu satu faktor penting bagi mereka membuat keputusan untuk melabur di sesuatu negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Pasaran Pelancongan islam Dunia 2012" di sini, Khamis.

"Apabila saya keluar negara, baru-baru ini ke Jepun, saya ditanya adakah demonstrasi jalanan ini akan menjadi satu perkara biasa bagi Malaysia kerana ini bukan imej buat Malaysia selama ini."

"Ini orang Jepun tanya, dan dia tanya apa jaminan yang Malaysia boleh berikan kepada pelabur Jepun bahawa pelaburan mereka itu selamat," katanya.

Beliau berkata demikian setelah di minta mengulas tentang perhimpunan haram Kempen "Bebaskan Anwar 901" pada Isnin ini. Beliau juga turut melahirkan kebimbangan sekiranya demonstrasi jalanan berleluasa kerana ini akan menyebabkan para pelabur takut untuk melabur di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan