Perhimpunan Boleh Diteruskan Tetapi Di Tempat Lain:Polis

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis membenarkan penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan pada Isnin, tetapi ia hendaklah diadakan di lokasi lain dan bukan di hadapan Kompleks Mahkamah, di Jalan Duta demi menjaga ketenteraman awam. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihak penganjur perlu bertemu dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh bagi membincangkan lokasi yang bersesuaian untuk mengadakan perhimpunan itu.

"Kami boleh benarkan perhimpunan itu dijalankan tetapi bukan di mahkamah. Mereka boleh berhimpun di tempat yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan kelancaran trafik.

"Walaupun undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2011 belum digazetkan, kami sedia membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan itu dengan syarat mereka membatalkan perhimpunan di hadapan mahkamah itu bagi menjaga kepentingan umum," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini Khamis.

Beliau berkata jika nasihat untuk membatalkan perhimpunan itu tidak diendahkan,pihaknya bersedia untuk mengawal keadaan serta mengambil tindakan bersesuaian supaya tidak terjadi kekacauan dan juga tekanan kepada mahkamah.

Jika keadaan demonstrasi di luar kawalan, Ismail berkata polis akan menggunakan elemen penyuraian seperti penggunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), 'water cannon' dan gas pemedih mata sekiranya perhimpunan itu mengancam keselamatan awam.

"Saya menyeru orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan di hadapan mahkamah itu kerana dikhuatiri kedatangan mereka itu hanya akan mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara dan mendatangkan ancaman kepada orang lain," katanya.

Beliau turut mengingatkan orang awam agar matang dan menghormati keputusan mahkamah dan sebarang tindakan yang menentang atau melawan keputusan mahkamah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Ismail berkata dalang-dalang perhimpunan itu kini dipantau dan polis sentiasa memantau keadaan terkini melalui laman siber dan media.

Beliau berkata pihak penganjur juga tidak sepatutnya menggunakan slogan 'Bebaskan Anwar' kerana ia seolah-olah membelakangkan mahkamah dan tidak menghormati sistem keadilan negara kerana keputusan belum dikeluarkan.

"Hormati keputusan mahkamah. Saluran rayuan sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah dan bertindaklah dengan kematangan, bukan emosi seiring dengan amalan demokrasi dan budaya masyarakat Malaysia," katanya.

Sehingga Khamis, polis menerima 535 laporan daripada pelbagai pihak di seluruh negara kerana membantah perhimpunan itu yang dirancang diadakan Isnin ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan