Penuntut Malaysia Terlibat Kemalangan Di New Jersey Stabil - Anifah

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar pada Rabu menjelaskan bahawa laporan mengenai penuntut Malaysia terbunuh dalam kemalangan di New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin lepas adalah tidak tepat sebaliknya mereka kini dirawat di hospital.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, Hennis Tung, penuntut di Ohio State University, telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa bercuti dan kini dirawat di Hospital Robert Johnson, Rutgers, New Jersey.

Penuntut itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil, katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Abang penuntut tersebut, juga penuntut di universiti yang sama, telah dihubungi dan memaklumkan bahawa ibu bapa mereka akan tiba di Amerika Syarikat pada Rabu, kata beliau.

Anifah berkata, Konsulat Jeneral Malaysia di New York telah memberi bantuan kepada mangsa dan keluarga dan juga diarahkan untuk memantau keadaan penuntut itu dari masa ke masa untuk dimaklumkan kepada Wisma Putra.

Sebelum ini, akhbar The Republic yang berpejabat di Columbus, Indiana, Amerika Syarikat melaporkan seorang penuntut Malaysia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya apabila kenderaan yang dinaikinya bersama empat yang lain terbabas di laluan Interstate 78. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan