Penempatan Baru Untuk Mangsa Banjir Di Kampung Batu Puteh Kinabatangan

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Sebuah penempatan baru akan diwujudkan di Kampung Batu Puteh dekat sini bagi menempatkan penduduk dari kampung itu dan dari Kampung Menggaris yang terjejas banjir.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman berkata sebanyak 99 unit rumah akan dibina di penempatan baru itu yang akan dilengkapi kemudahan asas yang lengkap.

Kerja menyediakan tapak penempatan baru itu sedang dilakukan dan pembinaan dijangka mengambil masa setahun lagi untuk disiapkan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada lima keluarga yang diancam tanah runtuh di Kampung Menggaris dekat sini, Khamis.

Isnin lepas, tanah runtuh berlaku di kawasan bukit di belakang rumah mereka menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke rumah saudara di Kampung Batu Puteh.

Saddi berkata 50 keluarga yang akan dipindahkan ke penempatan baru itu adalah dari Kampung Menggaris yang menghadapi ancaman tanah runtuh dan banjir, manakala selebihnya adalah penduduk Kampung Batu Puteh.

Lima keluarga yang berpindah akibat tanah runtuh itu adalah antara penduduk yang akan dipindahkan ke penempatan baru itu.

"Sekiranya rumah yang dibina di penempatan baru itu tidak mencukupi, penduduk di kampung itu akan dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat di Pekan Baru Sukau," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan