NUTP Gesa IPG Kaji Kegagalan Naikkan Pangkat 500 Pensyarah

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa Institut Pendidikan Guru (IPG) mengkaji kegagalannya menaikkan pangkat 500 pensyarah DG44 ke gred DG48.

Presidennya, Hashim Adnan berkata pensyarah berkenaa telah dinafikan hak mereka walaupun layak mendapat kenaikan pangkat berdasarkan kelulusan, kelayakan serta pengalaman berkhidmat dengan IPG.

"Antara aduan yang kami terima daripada pensyarah ialah senarai nama dan data serta butir perkhidmatan mereka tidak tepat, selain tempoh perkhidmatan mereka di IPG tidak diambil kira.

"Selain itu, terdapat pensyarah yang memperoleh ijazah pada 1998 tidak diberi keutamaan, menyebabkan pensyarah junior lebih dahulu naik pangkat," katanya pada sidang akhbar di Wisma NUTP di sini Khamis.

Turut hadir Setiausaha Agung NUTP Lok Yim Pheng.

Hashim berkata kumpulan pensyarah itu sewajarnya layak mendapat kenaikan pangkat kerana majoriti mereka mempunyai rekod cemerlang, selain sudah 17 tahun berkhidmat sebagai pensyarah.

"Ada di antara mereka yang sudah menghampiri tempoh bersara, namun masih tidak mendapat kenaikan pangkat setaraf dengan kelayakan dan pengalaman mereka.

"Ada juga yang perlu bersaing dengan bekas anak didik mereka dahulu yang kini bergelar pensyarah setelah tamat pengajian," katanya.

Beliau berkata pihak Kementerian Pelajaran juga perlu membantu menyelesaikan masalah ini dengan segera bagi mengelakkan pensyarah terbabit tertekan ketika menjalankan tugas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan