KMPP Bantah Perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) membantah rancangan mengadakan demonstrasi 'Kempen Bebaskan Anwar 901' yang menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari keputusan kes liwat beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin ini.

Presidennya Rahmad Isahak berkata perhimpunan itu bukan sahaja akan menyebabkan keadaan huru-hara tetapi secara tidak langsung akan memburukkan imej negara di peringkat antarabangsa.

"Sekiranya dibuat juga perhimpunan itu ia akan melumpuhkan ekonomi negara kerana banyak premis-premis akan ditutup dan ia juga mencemar maruah orang Melayu, bagi penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) mereka perlu sedar tentang hal ini dan membatalkan perhimpunan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini bagi membantah cadangan PKR untuk mengadakan demonstrasi itu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Isnin ini yang menyasarkan kehadiran lebih 100,000 orang.

Katanya sekarang bukan masanya untuk membuat perhimpunan dan demonstrasi jalanan sebaliknya perlu bersedia bagi mengukuhkan perpaduan dalam parti sekiranya benar-benar mahu memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat.

"KMPP berharap perhimpunan ini tidak akan berlaku kerana ia akan menyusahkan banyak pihak dan harap pihak berkuasa dapat mengawal keadaan serta menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada bagi menyekat kemaraan penyokong PKR yang fanatik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan