Kerajaan Bakal Laksana Beberapa Langkah Tangani Kegusaran Masyarakat Kristian

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah bagi menangani kebimbangan masyarakat Kristian di Malaysia seperti pelantikan pengetua sekolah mubaligh, pengajaran ilmu Bible sebagai satu mata pelajaran dalam peperiksaan dan status pengecualian cukai untuk pertubuhan Kristian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam satu kenyataan berkata semua isu berkenaan diputuskan Kabinet dalam satu mesyuarat pagi Rabu.

Beliau berkata perkara itu juga dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis makan tengah hari yang dihoskan beliau di Seri Perdana, Putrajaya untuk pemimpin Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), Rabu.

Mengulas pelantikan pengetua di sekolah mubaligh, Koh berkata Kementerian Pelajaran akan mematuhi amalan penglibatan penuh dan rundingan dengan lembaga sekolah berkenaan bagi memastikan mereka yang dilantik sesuai serta boleh diterima.

"Berhubung ilmu Bible sebagai satu mata pelajaran untuk peperiksaan SPM, ia akan diajar selepas waktu sekolah atas permintaan ibu bapa. Jika tidak ada guru yang sesuai di sekolah berkenaan, maka paderi dari gereja berhampiran boleh diambil untuk mengendalikan kelas.

"Mengenai status pengecualian cukai bagi derma kepada pertubuhan agama seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan Belanjawan 2012, satu prosedur sewajarnya akan diwujudkan dan sumbangan kepada gereja yang diiktiraf dan disahkan Persekutuan Kristian Malaysia akan dikecualikan cukai," katanya.

Beliau berkata majlis makan tengah hari yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta 13 Menteri Kabinet, berlangsung dalam suasana mesra.

Koh juga berkata Najib dalam ucapan Belanjawan 2012, mengiktiraf sumbangan besar sekolah mubaligh yang dimiliki gereja, terhadap pembangunan pendidikan di negara ini serta hasrat untuk mengekalkan tradisi serta budaya mereka.

Beliau berkata Najib juga mengulangi sokongan kerajaan kepada sekolah mubaligh dengan memperuntukkan sejumlah RM240 juta bagi tempoh empat tahun lepas, termasuk RM100 juta menerusi Belanjawan 2012.

CFM diwakili pengerusinya, Biskop Datuk Ng Moon Hing yang merupakan Ketua Gereja Anglican di Malaysia Barat.

Pemimpin lain termasuk Ketua Biskop Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam; Ketua Biskop Katolik Kuching John Ha; Naib Pengerusi CFM Reverend Dr Eu Hong Seng - Pengerusi Persaudaraan Kristian Evangelical Kebangsaan (NECF); dan Biskop Datuk Thomas Tsen - Presiden Majlis Gereja Malaysia serta Biskop Datuk Bolly Lapok - Presiden Persatuan Gereja-Gereja Sarawak dan Ketua Gereja Anglican di Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan