Isu Khinzir:PDRM Perlu Pertingkat Rondaan Di Masjid, Surau

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta polis melakukan rondaan dengan lebih kerap di masjid dan surau di seluruh negara bagi mengelak kejadian penemuan tengkorak serta cebisan daging yang dipercayai khinzir di luar pintu Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya di sini, Jumaat lepas, berulang.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata kejadian itu bukan perkara baru kerana pernah berlaku di masjid dan madrasah di Petaling Jaya dan Klang, Selangor dua tahun lepas.

Beliau berkata Perkasa bimbang kejadian seumpama itu akan menular sehingga membawa kepada perkara lebih buruk jika tidak diambil berat oleh semua pihak.

"Perkasa mengecam keras perbuatan biadap seumpama itu dan kita berharap polis yang sedang menyiasat kes berkenaan dapat membawa pihak tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan dengan segera.

"Kita lihat jemaah di sini (Masjid Al-Falah) bertanggungjawab dan tidak bertindak mengikut emosi berhubung kejadian berkenaan. Sehubungan itu, Perkasa juga berharap pihak penganut agama lain juga menasihati penganut mereka supaya tidak membuat sebarang provokasi," katanya kepada pemberita selepas bertemu jawatankuasa masjid berkenaan Khamis.

Jumaat lepas, jemaah Masjid Al-Falah terkejut dengan penemuan tengkorak dan daging dipercayai khinzir, yang diletakkan di dua lokasi di masjid berkenaan.

Susulan kejadian itu, polis mengesahkan sudah menahan empat lelaki berumur 15 hingga 33 tahun bagi membantu siasatan dan menunggu keputusan Pejabat Veterinar Sepang, Selangor sama ada tengkorak serta cebisan daging tersebut adalah khinzir atau sebaliknya.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim meminta kerajaan supaya berhati-hati dan merujuk kepada Majlis Raja-Raja sebelum melaksanakan pengajaran ilmu Bible di sekolah dan menjadikannya mata pelajaran dalam peperiksaan.

Beliau berkata pengajaran ilmu itu di sekolah dikhuatiri membawa kesan buruk termasuk penyebaran ajaran Kristian secara halus untuk memurtadkan umat Islam.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah bagi menangani kebimbangan masyarakat Kristian di Malaysia seperti pelantikan pengetua sekolah mubaligh, pengajaran ilmu Bible sebagai satu mata pelajaran dalam peperiksaan dan status pengecualian cukai untuk pertubuhan Kristian.

Koh berkata semua isu berkenaan diputuskan Kabinet dalam satu mesyuarat pagi semalam dan juga dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis makan tengah hari yang dihoskan beliau di Seri Perdana, Putrajaya untuk pemimpin Persekutuan Kristian Malaysia (CFM). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan