Indonesia Henti Penghantaran Pembantu Rumah Pada 2017

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Indonesia sedang menyiapkan pelan tindakan Pekerja Domestik 2017, yang antara lainnya menetapkan sasaran untuk menghentikan penghantaran pembantu rumah ke luar negara menjelang tahun 2017.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha meningkatkan kualiti kompetensi kerja masyarakat Indonesia yang hendak bekerja di luar negara, demikian menurut siaran berita kementerian itu.

Sebagai permulaan, penghantaran pembantu rumah ke Malaysia, yang paling cepat akan dilakukan Mac depan, akan dijadikan projek contoh, kata kenyataan itu.

Indonesia telah menarik balik moratorium penghantaran pembantu rumah pada 1 Disember lepas berikutan kesepakatan yang dicapai antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengenai penempatan dan perlindungan kepada pembantu rumah Indonesia dan majikan Malaysia.

Walaupun telah lebih sebulan moratorium itu ditarik balik, sehingga kini belum ada pembantu rumah Indonesia yang telah dihantar ke Malaysia.

"Dalam pelan tindakan pekerja domestik 2017 ini, kita sasarkan pengiriman tenaga kerja Indonesia sektor domestik yang bekerja sebagai pembantu rumah boleh sampai ke titik sifar (tidak ada pengiriman)," kata Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhaimin Iskandar di pejabatnya di sini, Rabu, sebagaimana dipetik siaran berita itu.

Muhaimin berkata, sungguhpun langkah itu merupakan suatu keputusan yang berat, ia harus tetap dilakukan.

Setiap tahun Indonesia menghantar kira-kira 650,000 tenaga kerja sektor domestik ke luar negara.

"Kalaupun sangat terpaksa bekerja di sektor domestik, maka kedudukan kerja mereka harus jelas dan harus diakui oleh negara penempatan yang berkenaan.

"Harus ada pengakuan kerja berdasar jawatan dan profesion dari negara penempatan yang meminta," kata Muhaimin.

Negara penempatan, kata menteri itu, juga harus menentukan pembantu rumah Indonesia mempunyai hak-hak normatif seperti hak jam kerja, hak cuti, hak pendapatan sesuai standard minimum, standard upah atau jaminan sosial seperti pekerja formal lainnya.

Pekerja domestik dari Indonesia yang akan dihantar ke luar negara hendaklah ditempatkan di kedudukan yang jelas seperti juru masak, perkemasan atau perawat untuk keperluan khusus, katanya.

Muhaimin menyedari bahawa pelaksanaan rancangan itu akan menghadapi pelbagai cabaran termasuk penyediaan pekerjaan alternatif dalam negara.

Pada masa yang sama, beliau mengakui bahawa negara juga tidak boleh menghalang hak seseorang untuk mencari pekerjaan di luar negara.

Bagi menjayakan pelan tindakan itu, kerajaan antara lainnya pada masa ini sedang berusaha meningkatkan kapasiti kompetensi dan kemahiran pekerja terutamanya di sektor industri dan ekonomi kreatif.

Beliau berkata, pekerja domestik, khususnya sebagai pembantu rumah, masih mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja.

"Sayangnya tenaga kerja di Indonesia masih didominasi oleh lulusan sekolah rendah, yang jumlahnya masih mencapai 45 peratus daripada keseluruhan 119 juta tenaga kerja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan