'Himpun Keadilan Untuk Saiful' Lawan 'Bebaskan Anwar' Pada 9 Januari

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan dikenali "Himpun Keadilan Untuk Saiful" dicadang diadakan di perkarangan Kompleks Mahkamah di sini Isnin ini, hari yang sama satu demonstrasi akan diadakan oleh penyokong-penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena keputusan mahkamah berhubung kes liwat yang dihadapinya.

"Himpun Keadilan Untuk Saiful" dianjurkan oleh Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) bagi membela Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Anwar yang mendakwa dia diliwat oleh ketua pembangkang itu.

Setiausaha Agung Permas, Zulkifly Shariff, berkata Permas menyasarkan 5,000 ahli akan menyertai perhimpunan itu yang juga bertujuan membela sistem kehakiman negara daripada dicalari oleh penyokong-penyokong fanatik Anwar serta sebagai sokongan kepada Mohd Saiful yang menjadi mangsa politik.

"Mereka telah sedia maklum bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat kita dan sekiranya mereka tetap untuk meneruskan perhimpunan tersebut, mereka perlu berdepan dengan Permas dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Zulkifly berkata Permas akan mendapatkan permit polis bagi mengadakan perhimpunan itu yang akan melibatkan 15 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah naungan Permas, antaranya Putra Malaysia, Pertubuhan Panel Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (Papim), Persatuan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) dan Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang.

Penasihat PPIM Tunku Azwil Tunku Abdul Razak pula berkata demonstrasi oleh penyokong-penyokong Anwar tidak sepatutnya diadakan kerana ia hanya akan mencetuskan konflik sosial dan seterusnya memberi kesan kepada masyarakat khususnya orang Melayu.

"Ia bertentangan dengan budaya rakyat negara ini dan dilihat cuba mempengaruhi keputusan mahkamah," katanya.

Di Kelantan, Umno Bahagian Pasir Mas dan lima NGO di jajahan itu hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" yang dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat itu.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Ahmad Rosdi Mahmad berkata perhimpunan haram itu dianggap cuba mencabar kewibawaan undang-undang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan