Hasan Ali Anggap Demonstrasi 9 Januari Sia-Sia, Minta Anggota PAS Jangan Hadir

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali menolak perhimpunan haram 'Bebaskan Anwar 901' pada 9 Jan ini dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata anggota Pas tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Jika semua pihak termasuk golongan pelajar dan muda turun pada hari itu ia akan memberikan implikasi tidak baik, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang berdepan dengan peperiksaan akhir.

"Saya tidak akan hadir dan saya nasihatkan anak-anak saya dan para mahasiswa khususnya supaya tidak hadir dan berikan tumpuan pada peperiksaan akhir supaya menjadi generasi pelapis yang lebih gemilang," katanya dalam sidang akhbar di sini Khamis.

Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah.

Beliau turut membidas Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman yang katanya membuat kenyataan dengan membelakangkan pemimpin Pas pusat berhubung pendirian parti itu mengenai perhimpunan haram yang akan diadakan itu.

Abdul Rani dalam laporan akhbar semalam dipetik berkata Pas Selangor menyokong 'Kempen Bebaskan Anwar 901' dan mengajak anggotanya menyertai perhimpunan itu dengan alasan ia merupakan hak asasi mereka.

Ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali bahawa Anwar akan tetap menjadi Perdana Menteri walau apapun yang berlaku sekiranya pakatan pembangkang memerintah, Hasan berkata hanya ada dua calon yang layak iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan