Sabah Teruskan Rebat Elektrik Sehingga Akhir Tahun

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Rebat bil elektrik kurang daripada RM20 sebulan bagi pengguna domestik di Sabah akan diteruskan sehingga akhir tahun ini.

Menurut kenyataan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di sini Rabu, pemberian rebat itu bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah agar mereka dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik.

Kenyataan itu menyatakan setakat September lepas, hampir RM8 juta dibelanjakan khusus untuk program itu yang melibatkan kira-kira 70,000 pengguna.

Sehingga November lepas, Sabah mempunyai kira-kira 382,890 pengguna domestik. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan