Penulisan Biografi Bantu Perjelaskan Lagi Sejarah:Pensyarah

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerbitan atau penulisan biografi harus digalakkan di negara ini kerana bahan itu dapat memperjelaskan lagi sejarah seseorang tokoh atau negarawan, kata seorang pensyarah pada Rabu.

Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategi Universiti Malaya, berkata menerusi penulisan biografi, banyak perkara yang mungkin tidak ada dalam buku sejarah biasa dapat didedahkan.

"Kalau ini berlaku sejarah kita semakin kaya...orang tertentu yang ketinggalan dalam buku sejarah akan mendapat tempat dalam pembinaan negara bangsa," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Beliau berkata bagaimanapun kekurangan minat untuk menulis biografi, selain sumber berasa malu untuk bercerita serta bimbang rahsia terbongkar, menyebabkan penulisan bahan itu masih kurang mendapat tempat pada kalangan rakyat ini.

"Selain itu ada juga sumber yang terlalu rendah diri, mereka tidak mahu peristiwa lepas diagungkan, enggan jadi ikon atau idola malah ada yang risau buku mengenai diri dan kehidupan mereka tidak mendapat sambutan," katanya.

Beliau sebelum itu menghadiri ceramah mengenai "Cabaran dalam Biografi" oleh buku biografi terkemuka dari Wales, Lord Kenneth O. Morgan, 78 yang juga bekas anggota Parti Buruh.

Morgan dalam ceramahnya antara lain berkata untuk menghasilkan biografi yang menarik seseorang penulis perlu berani mengubah corak penulisan dalam setiap karya serta tidak mengabaikan kesahihan fakta semasa temuduga bersama sumber.

Beliau telah menulis lebih 30 buah buku biografi unggul antaranya Wales in British Politics (1963), Keir Hardie (1975) dan James Callaghan (1997). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan