Pembangkang Masih Dapat Ruang Dalam Utusan Malaysia:Zaini Hassan

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia menyediakan ruang untuk berita melibatkan pemimpin pembangkang walaupun peratusannya tidaklah sama seperti berita mengenai kerajaan, kata Penolong Ketua Pengarang Satu, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan.

Sebaliknya, kata beliau, akhbar-akhbar milik pembangkang seperti Harakah dan Suara Keadilan langsung tidak mempamerkan sikap keterbukaan dalam penyampaian kandungan beritanya.

"Misalnya dalam akhbar Utusan Malaysia, pembaca-pembaca boleh membuat analisis kandungan mengenai berita kita. Di Utusan, kita beri ruang kepada pemimpin pembangkang dalam kandungan berita. Cerita pasal Nik Aziz, Abdul Hadi Awang, Hasan Ali dan pemimpin DAP serta PKR, semuanya ada.

"Sudah tentulah peratusan kandungan berita untuk mereka (pembangkang) tidak mencecah 100 peratus atau 50 peratus tetapi sekurang-kurangnya dalam 30-70 ataupun 40-60," katanya ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24.

Zaini mengulas kenyataan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) baru-baru ini yang menggesa media arus perdana memberikan laporan seimbang kepada semua pihak termasuk pembangkang.

Menurutnya sebarang tohmahan terhadap media arus perdana termasuk Utusan Malaysia yang dianggap berat sebelah dalam pemberitaannya adalah tidak adil dan perlu dilihat daripada perspektif yang lebih rasional.

Zaini membidas tindakan segelintir pihak yang cuba memburuk-burukkan akhbar Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini sambil menyifatkan usaha itu sebagai tanda "gerun" mereka terhadap kekuatan pemberitaan Utusan Malaysia.

"Pihak terbabit bimbang segala laporan, berita atau rencana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia akan mempengaruhi penyokong pembangkang yang akhirnya tidak akan menyebelahi mereka," katanya.

Zaini berkaa Utusan Malaysia tidak gentar untuk melaporkan berita-berita yang dilihat mengkritik secara membina terhadap pihak kerajaan.

"Jika ada isu-isu tertentu yang memerlukan kritikan ke arah kebaikan, Utusan Malaysia akan berbuat demikian," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan