Pelajar Malaysia Maut Nahas Jalan Raya Di New Jersey

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia terbunuh dan empat yang lain cedera dalam kemalangan sebuah kereta di New Jersey, demikian menurut akhbar The Republic, yang berpejabat di Columbus, Indiana, Amerika Syarikat.

Laporan itu mengesahkan bahawa pelajar yang terbunuh dalam kemalangan Isnin lepas di laluan Interstate 78 itu, menuntut di Ohio State University, tetapi namanya belum disiarkan.

Pelajar kedua berada dalam keadaan kritikal dan tiga yang lain dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kesemua mereka berusia antara 19 dan 21 tahun.

Laporan itu menyatakan kemalangan itu berlaku pada kira-kira 4 petang (waktu tempatan) bila Chevrolet Equinox terbabas keluar jalan dan melanggar pokok dan tiang lampu.

Polis berkata pemandu keletihan.

Sementara itu, Wisma Putra ketika dihubungi berkata pihaknya akan menghubungi Kedutaan Malaysia di AS untuk mendapatkan butir-butir lanjut. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan