Pakatan Rancang Himpun Lebih 100,000 Penyokong Di Hari Keputusan Perbicaraan Anwar

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan menggerakkan seramai 100,000 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini, iaitu pada hari hari keputusan perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu diumumkan, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Azmin berkata, ahli-ahli PAS, PKR dan DAP akan berhimpun secara aman di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Anwar.

"Jika beliau didapati tidak bersalah, kita akan segera kembali ke kampung halaman untuk meraikannya. Tetapi jika dia didapati bersalah, kita masih akan menuju ke Pulau Pinang dan menentukan langkah kami yang seterusnya," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada semua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan, Exco dan ahli-ahlinya di ibu pejabat PKR di sini, Selasa.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

Perbicaraan kes liwat itu katanya tidak akan menggagalkan rancangan Pakatan untuk membentuk kerajaan persekutuan dan berikrar bahawa PR dan PKR akan terus berjuang untuk rakyat.

Azmin juga menolak kritikan penulis blog Raja Petra Kamaruddin terhadap parti dan juga Anwar dengan menyatakannya (Anwar) sebagai tidak relevan lagi.

"Dia (Raja Petra) sudah terputus dengan negara ini. Terdapt orang lain yang akan memutuskan masa depan negara dan bukannya Raja Petra. Beliau yang tidak relevan sebenarnya," ujar Azmin.

Mahkamah Tinggi pada 9 Januari depan akan memutuskan sama ada Anwar didapati bersalah atau tidak dalam dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, tiga tahun lalu.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Penasihat PKR itu menghadapi hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan jika didapati bersalah di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan