Najib Dijadual Lawat Perak 13-14 Januari

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melawat Perak pada 13 dan 14 Jan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata antara program Perdana Menteri ialah merasmikan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan 2011/2012 di Parit Buntar dalam daerah Kerian pada 14 Jan.

Najib juga dijadual melawat beberapa daerah lain bagi melihat kehidupan rakyat.

Zambry turut mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru menggantikan Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim berkuatkuasa 30 Dis lepas. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan