Muhyiddin Cadang Jadual Rehat Fleksibel

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyarankan sekolah menyediakan jadual rehat yang fleksibel untuk pelajar Tahun Satu bagi memastikan mereka mempunyai tenaga untuk belajar.

Beliau berkata bagi mengelak pelajar memasuki bilik darjah dalam keadaan tidak bersarapan, jadual rehat sedia ada iaitu pada pukul 9.45 pagi boleh diubah kepada pukul 9 pagi atau 8.30 pagi khusus untuk minggu pertama musim baru persekolahan.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Pantai di sini Rabu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata saranannya itu dibuat selepas diberitahu oleh ramai pelajar yang ditemuinya bahawa mereka tidak bersarapan pagi sebelum memasuki kelas.

"Jadi saya minta sekolah, mungkin kalau ada keadaan sebegini, jadual untuk rehat boleh dibuat lebih awal, fleksikan, khususnya untuk minggu pertama supaya tiada pelajar memasuki bilik darjah dalam keadaan tidak bersarapan pagi.

"Bagi saya itu tidak boleh kita pandang ringan kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran. Saya sendiri pun kalau ke pejabat tanpa sarapan pagi akan lesu, kita semua pun begitu, apatah lagi anak-anak kecil," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata saranan itu tidak bermaksud semua sekolah perlu mengubah jadual rehat sedia ada, sebaliknya boleh dilaksanakan berdasarkan pertimbangan bergantung kepada kebijaksanaan sekolah.

Katanya saranan itu bertujuan mengelak pelajar daripada menjadi lemah, letih dan lesu.

Mengenai bekalan buku teks, kerusi dan meja ke sekolah, Muhyiddin berkata semua keperluan itu telah disediakan dengan sempurna hasil persediaan awal yang dibuat sejak tahun lepas.

Katanya beliau berpuas hati dengan kelancaran sesi baru persekolahan kerana segala persediaan termasuk dalam aspek infrastruktur seperti kekurangan kerusi dan meja dapat diatasi melalui peruntukan RM20 juta yang disediakan oleh kerajaan.

Muhyiddin, yang tiba pada 8 pagi disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan guru besar, Sopian Mokhtar.

Beliau dibawa meninjau ke empat buah kelas yang menempatkan pelajar Tahun Satu dan dilihat bertanya khabar dan bermesra dengan pelajar baru, guru serta ibu bapa yang menunggu di luar bilik darjah. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan