Maklumat Pemohon Program BR1M Tidak Digunakan Untuk Urusan Cukai - LHDN

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Rabu menegaskan maklumat pemohon program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak digunakan bagi tujuan percukaian.

Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim dalam satu kenyataan pada Rabu menjelaskan semua maklumat pemohon akan direkodkan dalam pangkalan sistem BR1M bagi tujuan verifikasi untuk memastikan hanya mereka yang layak menerima bantuan RM500 melalui program itu.

Mengulas satu aduan melalui Persatuan Konsumer Klang yang dilaporkan akhbar berbahasa Tamil semalam, beliau berkata, LHDN menafikan maklumat pemohon itu diguna bagi menuntut amaun cukai tertunggaknya.

"Aktiviti pungutan tunggakan cukai pendapatan merupakan aktiviti berterusan yang dijalankan LHDN, dan ia tiada kaitan dengan maklumat yang dikemukakan pengadu dalam borang BR1M yang dihantar.

"Notis yang beliau terima hanyalah notis tuntutan biasa yang turut dihantar kepada pembayar cukai yang masih mempunyai baki cukai tertunggak," katanya.

Masrun berkata, LHDN tidak dapat melakukan siasatan lanjut kerana pengadu tidak memberikan maklumat terperinci. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan