Majlis Peguam, Suhakam Disaran Bubar

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Cheras pada Rabu mempersoalkan pendirian Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang membisu berhubung kedegilan pakatan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram 9 Januari ini.

Ketuanya Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee mendakwa sikap itu jelas menunjukkan kedua-dua badan itu turut bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan demonstrasi jalanan untuk membersihkan dirinya yang didakwa meliwat.

"Sebagai pengamal undang-undang, saya nak tanya mereka (Majlis Peguam dan peguam bela Anwar) apakah perbuatan kumpulan pro-Anwar itu betul dan masuk akal.

"Kalau setakat mahu jadi perkakas pembangkang untuk mengecam kerajaan, adalah lebih baik kedua-dua (Majlis Peguam dan Suhakam) dibubarkan," katanya dalam entri terbaru Umnocheras.blogspot.com di sini hari ini.

Pada 9 Januari ini mahkamah akan membuat keputusan sama ada Anwar yang juga Ketua Pembangkang, yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan bersalah atau tidak.

Beliau turut mempersoalkan sama ada barisan peguam bela Anwar turut merestui gerakan tidak bertamadun itu yang jelas melanggar undang-undang sedia ada.

Syed Ali berkata sikap dwistandard Majlis Peguam dan Suhakam telah menghakis keyakinan orang ramai terhadap fungsi dan peranan sebenar badan berkenaan.

Beliau juga mengecam keras sikap pemimpin PAS yang kononnya digelar ulama tetapi tidak berani menjelaskan kepada umum sama ada perhimpunan haram digalakkan oleh ajaran Islam.

Syed Ali berkata Anwar seperti sudah dapat menjangkakan bahawa beliau akan disabitkan bersalah sehingga terpaksa mengerah seluruh penyokongnya termasuk daripada DAP dan PAS supaya berhimpun pada hari tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau sekali lagi mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya segera mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang cuba menganjur perhimpunan haram 9 Januari itu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan