Lebih 128,000 PATI Diputihkan Di Bawah 6P Sehingga Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sejak 10 Oktober lepas sehingga pada Rabu, seramai 128,373 pekerja/pendatang asing tanpa izin diputihkan menerusi Program Penyelesaian menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (6P).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam berkata angka itu membabitkan 15,589 majikan.

Daripada jumlah itu, Jabatan Imigresen Putrajaya merekodkan permohonan tertinggi daripada majikan iaitu 13,031 bagi memutihkan 116,018 pekerja/pendatang tanpa izin, katanya dalam kenyataan, di sini.

Mahmood berkata Kompleks KDN di Seberang Jaya, Pulau Pinang menerima permohonan daripada 1,021 majikan untuk memutihkan 4,209 orang diikuti Kompleks KDN Johor Baharu, Johor dengan permohonan 907 majikan bagi pemutihan 4,073 orang.

Selain itu, Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya menerima permohonan 322 majikan untuk pemutihan 1,871 orang, Jabatan Imigresen Presint 15 (125 majikan, 1,356 orang), Kompleks KDN Jalan Duta (162 majikan, 783 orang) dan Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang dengan permohonan 30 majikan untuk pemutihan 63 pekerja/pendatang tanpa izin, kata beliau.

"Pada masa sama satu lagi pusat setempat mula beroperasi hari ini di Kompleks KDN Kuantan, Pahang sebagai pilihan kepada majikan di negeri itu selain di Kelantan dan Terengganu," katanya.

Dalam pada itu, sehingga Rabu seramai 73,675 Pati yang terlibat dalam proses pengampunan di bawah 6P telah keluar dari negara ini dengan jumlah tertinggi adalah dari Indonesia iaitu 49,642 orang, diikuti India (5,401), Myanmar (3,167), Kemboja (2,684), Nepal (3,829), Filipina (1,244), Bangladesh (2,663), Vietnam (1,443), Sri Lanka (908), Pakistan (1,601)dan China (584).

Daripada jumlah itu seramai 54,696 keluar dari negara ini menggunakan pengangkutan udara, 18,788 memilih jalan laut dan 191 lagi menggunakan laluan darat, kata Mahmood. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan