Henti Lesen Jual Arak Di Kulim Bukti Hudud Jejas Bukan Islam - MCA

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Keputusan Pejabat Daerah Kulim untuk menjadikan daerah ini sebagai kawasan bebas minuman keras menjelang Julai membuktikan pelaksanaan undang-undang hudud akan melibatkan kehidupan bukan Islam.

Pengerusi Biro Profesional Muda, Datuk Chua Tee Yong berkata, sikap berdiam diri kerajaan negeri pimpinan PAS terhadap keputusan Pejabat Daerah Kulim untuk menghentikan pengeluaran lesen menjual minuman keras itu juga membayangkan sokongan mereka terhadap tindakan tersebut.

"Ini juga menunjukkan parti lain dalam pakatan pembangkang tidak berupaya melakukan apa-apa kecuali mengeluarkan kenyataan membantah.

"Jika DAP dan (PKR)Parti Keadilan Rakyat mendakwa tidak tahu mengenainya, ini bermakna PAS bertindak sendiri dan tidak menghormati rakan sekutunya kerana tidak memberitahu mereka mengenai keputusan Pejabat Daerah Kulim itu," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Chua yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mempersoalkan dakwaan DAP dan PAS sebelum ini bahawa hudud tidak melibatkan bukan Islam, sedangkan banyak contoh sepanjang tiga tahun lepas menunjukkan sebaliknya.

Ini katanya termasuk kes Majlis Perbandaran Subang Jaya di Selangor yang melarang pekerja beragama Islam menghidang minuman keras.

"Walaupun Selangor di bawah pentadbiran PKR, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mampu melakukan apa-apa dan sentiasa mengubah pendiriannya berhubung perkara itu.

"Saya percaya isu itu masih belum diselesaikan sepenuhnya," katanya.

Media semalam melaporkan pemilik kedai minuman keras di daerah ini telah menerima surat bahawa lesen mereka akan ditamatkan secara automatik pada akhir Jun. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan