Bekas Adun Umno Sabri Aziz dan Aspan Alias Sokong DAP Atas Dasar Prinsip Tetapi Tidak Nyatakan Akan Sertai Parti Itu

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Pekan, Pahang, Datuk Mohd Sabri Ariff Abdul Aziz menjelaskan bahawa kecenderungan beliau dan seorang lagi veteran Umno Negeri Sembilan, Aspan Alias menyokong DAP adalah kerana didorong oleh kepercayaan dan prinsip-prinsip tertentu.

Malah kedua-dua veteran Umno itu juga merasakan pegangan dan kepercayaan mereka terhadap Umno sudah tidak lagi konsisten seperti dahulu.

"Tidakkah terfikir oleh sesiapa bahawa jika kami berdua cenderung untuk menyokong DAP atau parti lawan Umno, sikap tersebut ialah kerana didorongi oleh kepercayaan dan prinsip tertentu?

"Kita tidak boleh konsisten jika hanya di dorong oleh rasa kecewa, dendam dan sebagainya.

"Sikap konsisten hanya datang dari asas yang lebih stabil dan kekal seperti dipacu oleh keyakinan dan kepercayaan kepada prinsip-prinsip.

"Sebagai contoh, kami berdua merasakan Umno sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh di kawal," katanya dalam tulisan yang dipetik menerusi blognya, sakmongkol.blogspot.com.

Mohd Sabri mengulas mengenai khabar angin sejak beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa beliau dan Aspan akan menyertai DAP selepas kedua-dua mereka menghadiri forum blogger di Pulau Pinang anjuran DAP pada hujung Disember lalu.

Bagaimanapun beliau tidak pula menyatakan dengan jelas atau berterus terang sama ada benar akan menyertai DAP secara rasmi melainkan hanya berkata laporan media massa mengenai perkara tersebut merupakan satu spekulasi.

Menerusi laporan akhbar hari ini, Ketua Pemuda DAP yang juga Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke mengakui bahawa parti itu sedang mengadakan perbincangan bagi memujuk Mohd Sabri dan Aspan untuk menyertai DAP.

Mohd Sabri menulis dalam laman blog peribadinya menggunakan nama pena Sakmongkol AK47.

Beliau berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Pekan, selama satu penggal iaitu dari 2004-2008.

Sebelum itu iaitu dari tahun 2000-2004, beliau adalah ketua penerangan Umno Bahagian Pekan, yang diketuai oleh Datuk Sri Najib Tun Razak.

Mohd Sabri mendapat pendidikan awal dalam jurusan ekonomi dari Universiti Malaya dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University of Manchester(Owens).

Sakmongkol iaitu nama gelaran yang digunakannya diambil dari tokoh lagenda Muay Thai sementara AK 47 pula adalah sejenis mesingan buatan Rusia yang paling popular dalam sejarah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan