Apa Lagi Yang Pembangkang Hendak - SPR

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu meminta pembangkang supaya bersabar dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada suruhanjaya itu untuk melaksanakan penambahbaikan dalam proses pilihan raya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR kini berusaha ke arah menambah baik proses pilihan raya, dan untuk itu, sedang bekerjasama dengan Jawatankuasa Khas Parlimen Berkaitan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

"Penggunaan dakwat kekal adalah untuk mengelak pengundian dua kali, penyediaan daftar pemilih pula adalah untuk membersihkan daftar pemilih dan kita bekerjasama rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk membolehkan kita mendapatkan senarai daftar pemilih yang sah.

"Dan pengundian pos pula yang dikendalikan SPR, adalah telus di mana ia turut diperhatikan oleh ejen calon-calon. Apa lagi yang dia (pembangkang) hendak? Apa yang kita janji kita akan tunaikan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bahawa meskipun kerajaan mengumumkan dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 nanti, ia masih tidak boleh menjamin proses pilihan raya bersih dan telus.

Abdul Hadi dilapor berkata pilihan raya yang adil memerlukan perubahan secara menyeluruh bukan sahaja kepada penggunaan dakwat kekal, malah daripada segi daftar pemilih, kebebasan media, undi pos dan pengurusan pilihan raya yang cekap.

Mengenai cadangan untuk memperluaskan kategori pemilih yang boleh mengundi awal kepada jururawat, doktor dan wartawan, Wan Ahmad berkata ia masih di peringkat kajian.

"Kita perlu menimbang pelbagai faktor serta kemampuan SPR. Tetapi kita akan mencari jalan supaya pada masa-masa akan datang, akan ada cara yang terbaik untuk kemudahan mereka yang tidak boleh mengundi ketika hari pengundian kerana bertugas. Kita tidak boleh nafikan hak mereka," katanya.

Cadangan itu adalah antara 10 syor yang dibuat selepas jawatanakuasa Parlimen itu mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan individu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan