Abdul Khalid Dakwa Wujud Elemen Sabotaj Dalam Kutipan Sampah

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa wujud usaha untuk mensabotaj kerajaan negeri berhubung kutipan sampah di kawasan perumahan.

Abdul Khalid percaya ia diselaras dengan baik oleh sesetengah pihak dan kerajaan negeri mempunyai bukti yang mencukupi berhubung tindakan sedemikian.

"Sebagai contoh, satu senario apabila pihak berkuasa datang dan membersihkan kawasan sampah terbabit, dalam tempoh beberapa jam pihak ini akan memunggah sampah secukupnya untuk mengisi sebuah lori.

"Kerajaan negeri mendapati tindakan tidak bertanggungjawab ini berlaku di kawasan perumahan di bawah bidang kuasa empat pihak berkuasa tempatan di Selangor iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam dan Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan Subang Jaya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan telah memulakan satu inisiatif untuk melancarkan telefon hotline bebas tol bagi menangani masalah sedemikian daripada berulang di negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan supaya memberi hadiah kepada pemberi maklumat yang menyalurkan maklumat mencukupi berhubung tindakan sedemikian melalui hotline itu.

Beliau juga berkata, orang ramai boleh menggunakan hotline itu bagi membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan jika mereka mendapati urusan menangani kutipan sampah dan khidmat pengurusan sisa pepejal di kawasan mereka tidak efisien. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan