Yahaya Ramli Mulakan Tugas Ketua Polis Subang Jaya

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Polis Daerah Subang Jaya yang baharu, ACP Yahaya Ramli hari ini memulakan tugasnya menggantikan ACP Zainal Rashid yang meninggal dunia Oktober lepas.

Yahaya berkata beliau akan meneruskan semua program yang dijalankan Allahyarham selain meningkatkan lagi agenda yang ada hubung kait dengan masyarakat.

"Saya juga akan berusaha meningkatkan produktiviti unit khas dan mengenal pasti kumpulan yang terlibat dengan jenayah," katanya pada sidang akhbar di sini.

Yahaya, 54, pernah bertugas di Maktab Polis Diraja Malaysia dan menjadi Ketua Polis Ranau, Sabah, selain berkhidmat di Unit Undang-undang, ibu pejabat polis Bukit Aman.

Penyerahan tugas dilakukan Timbalannya, Supt Tan Ah Chua yang sebelum ini memangku jawatan Ketua Polis Subang Jaya. Majlis disaksikan Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Dalam ucapannya, Tan berkata indeks jenayah di kawasan Subang Jaya menurun 14.3 peratus daripada 4,598 pada 2010 kepada 3,941 tahun lepas.

"Selain itu, 2,486 atau 63.1 peratus kes berjaya diselesaikan dengan 745 tangkapan dibuat tahun lepas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan