Tidak Ada Rakyat M'sia Terkandas Di Hat Yai Akibat Banjir

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tidak ada rakyat Malaysia setakat ini yang dilaporkan tersadai di Hat Yai ekoran banjir yang melanda kawasan itu pada hujung minggu lalu.

Konsul-General Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan bagaimanapun berkata, pihak konsulat ada menerima beberapa panggilan telefon daripada rakyat Malaysia di Hat Yai pada Sabtu lalu yang bimbang berikutan hujan lebat yang sekaligus menenggelamkan beberapa kawasan di sana.

Katanya, mereka bimbang apakah mereka akan terkandas di Hat Yai jika banjir melanda kawasan sekitarnya.

“Bagaimanapun, mereka yang membuat panggilan ini telah pun didapati kembali ke tanah air selepas pegawai-pegawai konsulat membuat pemeriksaan di hotel penginapan mereka tengah hari Ahad lalu,” kata Mohd Aini ketika dihubungi oleh akhbar The Star.

Menurutnya, kawasan-kawasan lain yang didapati dinaiki air ialah yang melibatkan laluan Hat Yai-Danok dan Hat Yai-Songkhla.

Kata Mohd Aini di beberapa kawasan banjir telah mencecah paras 1 meter tinggi.

Ramai rakyat Malaysian yang berkunjung ke Hat Yat dan Selatan Thailand sempena musim cuti hujung tahun.

Kata Mohd Aini, air telah surut sepenuhnya semalam (Isnin).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan