Presiden MCLM Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peguam Haris Ibrahim meletak jawatan sebagai Presiden Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM).

Peletakan jawatannya itu diumumkan dalam blog beliau pada Isnin, dua hari selepas Pengerusi MCLM dan penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengadakan temu bual dengan media tertentu untuk mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Haris berkata, dia kecewa kerana rakannya itu terus menilai segelintir individu menerusi sentimen perkauman.

Beliau membidas kenyataan Raja Petra dalam temubual itu yang menegaskan bahawa MCLM tidak akan menurunkan sebarang calon pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Saya boleh mengesahkan sekarang bahawa tiada keputusan dibuat selepas rundingan," katanya.

Beliau turut membantah kenyataan Raja Petra yang dipetik sebagai berkata,"pengundi Cina tidak mahu perubahan seperti yang berlaku di Dataran Tahrir."

"Ekoran itu, saya merasakan adalah mustahil untuk saya terus memegang jawatan sebagai Presiden MCLM lagi," katanya.

Haris turut mendedahkan bahawa dia mengetahui rancangan mengenai temu bual itu kira-kira seminggu lalu sebelum kedua-dua keluarga pergi bercuti sempena Krismas tetapi tidak menyedari apa yang diperkatakan Raja Petra.

Susulan itu, katanya, beliau mahu terus komited untuk melakukan transformasi bagi mewujudkan kerajaan baru di Putrajaya yang membela nasib rakyat.

MCLM ditubuhkan pada 2010 sebagai ruang untuk menawarkan calon berkelayakan untuk bertanding mewakili pembangkang pada pilihan raya umum.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan