Peniaga Petaling Street Protes Lesen Gerai Baru

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 peniaga mengadakan demonstrasi di pusat perniagaan di Petaling Street di sini, Selasa, sebagai mengemukakan bantahan terhadap pengeluaran lesen gerai baru.

Mereka mendakwa terdapat pihak telah memohon lesen untuk membuka gerai baru di kawasan tersebut dan bimbang perkara ini akan menyebabkan kesesakan.

Terdapat sebanyak 773 gerai di kawasan itu sekarang dan penjaja terbabit mendakwa telah memohon 100 lagi lesen untuk gerai.

Bantahan bermula pada pukul 10.30 pagi dengan kumpulan itu memegang sepanduk dan membuat laungan yang menuntut supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan semua permohonan baru.

Ahli Parlimen, Bukit Bintang, Fong Kui Lun, yang berada di tempat kejadian, berkata beliau akan membawa isu ini kepada Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam mesyuarat Jumaat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan