Muhammad Safwan Mahu Ambil Tindakan Terhadap Polis

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SLIM RIVER: Muhammad Safwan Awang yang cedera ketika perhimpunan haram di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada Ahad mahu mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa memukulnya.

Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu menyokong dakwaannya bahawa dia dibelasah teruk oleh anggota polis yang menyuraikan perhimpunan tersebut.

"Saya cuba untuk membantu rakan daripada ditangkap ketika saya dipukul," kata mahasiswa berusia 23 tahun itu sebaik saja dibenarkan keluar dari Hospital Slim River di sini, Isnin.

Muhammad Safwan yang cedera di bahagian bibir berkata dia akan membuat laporan polis berhubung dakwaan kekerasan itu dan mengumpul beberapa rakaman dan bukti sebelum tindakan lanjut diambil.

Dia turut mendakwa Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu sebelum siasatan dilakukan.

Shukri telah berkata bahawa polis mempunyai bukti yang kukuh untuk menyangkal dakwaan tersebut.

Kata Shukri, satu pasukan khas akan diwujudkan bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul oleh anggota polis.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyelar tindakan mahasiswa yang menyertai perhimpunan haram itu.

"Mereka yang menyertai perhimpunan tersebut perlu menyedari apa yang mereka perjuangkan," katanya selepas bermesyuarat dengan pihak pengurusan bola sepak Perak dan pemainnya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan