Kementerian Tunggu Laporan DBKL Isu Roboh Pasar TTDI

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sedang menunggu laporan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung cadangan merobohkan Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, yang mendapat bantahan peniaga dan penduduk setempat.

Menteri berkenaan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata laporan itu yang dijangka diterima hari ini diharap menjurus kepada penyelesaian isu tersebut.

Laporan media menyebut DBKL bercadang merobohkan pasar itu untuk memberi laluan kepada pembinaan projek kondominium tanpa berbincang dengan pihak berkenaan.

"Dalam isu ini, sepatutnya DBKL terlebih dulu berbincang dengan penduduk setempat serta penjaja di pasar itu sebelum membuat sebarang keputusan kerana pembangunan ini melibatkan mereka, terutama penjaja," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Ramah Mesra Sempena Hari Orientasi Murid Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Bangsar, di sini.

Raja Nong Chik menarik perhatian bahawa beliau telah berjumpa dengan wakil persatuan penduduk TTDI yang meminta DBKL menangguhkan projek itu sebelum penjelasan dibuat kepada penduduk.

"Kita memang tak boleh tolak jika ada pihak swasta atau kerajaan yang ingin membangunkan mana-mana kawasan...namun adalah lebih baik jika kita ambil pandangan penduduk setempat dan penjaja agar keputusan yang dicapai bersifat 'keadaan menang-menang'", katanya.

Mengenai rancangan penganjur Kempen "Bebas Anwar 901" sempena keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes liwat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini, beliau berkata pihak kementerian dan DBKL akan membantu polis untuk memastikan keadaan terkawal.

"DBKL akan mengadakan pemantauan 24 jam di bilik gerakan termasuk melalui CCTV (Kamera litar tertutup) di seluruh ibu kota," katanya.

Pada majlis itu, seramai 230 murid Tahun Satu menerima sumbangan alat tulis daripada Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan