Cawangan Pusat Setempat Pemutihan 6P Di Kuantan Beroperasi Esok

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuka cawangan pusat setempat proses pemutihan Program 6P di Kompleks KDN Kuantan, Pahang yang akan beroperasi esok.

Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata cawangan baru itu bagi memberi kemudahan kepada majikan di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

"Sama seperti semua pusat setempat yang lain, cawangan di Kuantan juga akan beroperasi 24 jam setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad sehingga selesai proses pemutihan yang dijadualkan tamat 10 Jan 2012," katanya dalam satu kenyaatan, di sini, Selasa.

Cawangan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan lapan pusat setakat ini, katanya.

Mahmood berkata melainkan permohonan pertukaran majikan oleh pekerja tanpa izin, semua urusan di cawangan Kuantan adalah sama dengan operasi di pusat setempat Putrajaya.

Untuk urusan pembantu rumah asing, Mahmood berkata kerajaan bersetuju memberi pilihan kepada majikan untuk mewakilkan keseluruhan permohonan pemutihan kepada syarikat pengurus.

Bagaimanapun katanya, surat kebenaran wakil masih perlu dikemukakan kepada agensi kawal selia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan