Calon BN Perak Yang Tewas Pilihan Raya Lepas Mungkin Dicalonkan Semula - Zambry - Berita Semasa | mStar

Calon BN Perak Yang Tewas Pilihan Raya Lepas Mungkin Dicalonkan Semula - Zambry

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak tidak menolak kemungkinan memilih semula calon-calon yang tewas pada pilihan raya umum lepas untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata BN negeri telah mengumpul pelbagai maklumat dan maklum balas daripada orang ramai mengenai calon-calon yang tewas dalam pilihan raya umum sebelum ini.

"Mungkin calon-calon ini kalah tipis atau menang tipis dalam pilihan raya umum sebelum ini...tetapi kita harus tahu apakah sebab-sebab yang menyebabkan kekalahan itu.

"Bagi saya ada di antara mereka sebenarnya boleh menang tetapi disebabkan tsunami politik yang berlaku menyebabkan mereka tewas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Laluan Alternatif Bercham ke Lebuhraya Utara-Selatan di sini, Selasa.

Katanya hasil maklumat yang dikumpulkan mendapati terdapat permintaan daripada orang ramai supaya calon yang tewas dicalonkan semula bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Zambry berkata maklum balas itu juga mendapati orang ramai turut melahirkan rasa kesal kerana tidak mengundi calon-calon yang tewas itu pada pilihan raya umum lepas.

"Apabila saya turun padang, saya tidak hanya berjumpa dengan anggota Umno dan BN tetapi turut bertemu dengan peniaga dan masyarakat lain. Pelbagai maklum balas yang diterima mengenai perkara ini," katanya.

Katanya beliau mendapati terdapat calon-calon yang tewas terus menjalankan tugas membantu masyarakat dan perkara itu memberi kelebihan kepada mereka untuk dicalonkan semula. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan