Banjir Di Besut Pulih Sepenuhnya, Pasir Puteh Semakin Pulih

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Pasir Puteh, Kelantan semakin pulih manakala di Terengganu, daerah Besut telah pulih sepenuhnya daripada banjir dan situasi di Setiu masih bertahan.

Dalam pada itu, sesi persekolahan baru terganggu bagi ribuan pelajar di daerah Rantau Panjang dan Gua Musang berikutan sekolah mereka dinaiki air.

Di KELANTAN, menurut laman web rasmi kerajaan negeri, jumlah mangsa di dua pusat pemindahan di Pasir Puteh sehingga pukul 8 pagi ini ialah 73 orang daripada 19 keluarga.

Mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dan Sekolah Kebangsaan Kamil, manakala pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kampung Nara ditutup sejak petang semalam.

Dua buah sekolah itu yang dijadikan pusat pemindahan sementara bagaimanapun dibuka untuk sesi persekolahan baru hari, Selasa.

Semalam, Pengarah Pelajaran Kelantan Hussain Awang berkata lebih 5,000 pelajar di 11 sekolah sembilan di Rantau Panjang dan dua di Gua Musang tidak dapat memulakan sesi persekolahan hari ini akibat banjir.

Dalam pada itu, Penyelia Kanan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Rantau Panjang, Mukhtar Mustafa berkata 50 Tabika Kemas termasuk sembilan yang baru di Rantau Panjang, dibuka seperti biasa hari ini walaupun lapan daripadanya masih digenangi air.

Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di atas paras bahaya dengan bacaan 9.72 meter (bahaya 9 meter) pada 8 pagi.

Bagaimanapun, ia dilaporkan surut secara perlahan berikutan cuaca yang terus baik di Kelantan dan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan.

Di TERENGGANU, menurut portal banjir kerajaan negeri, 23 mangsa terakhir di Besut dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam tadi apabila keadaan banjir di daerah itu pulih sepenuhnya. Semua pusat pemindahan di Besut ditutup malam tadi.

Sehingga pukul 9 pagi, bilangan mangsa di Setiu berjumlah 189 orang, dengan 64 ditempatkan di Surau Kampung Nyatoh, Dewan Sivik Desa Jaya (13), Masjid Guntong Luar (73) dan Sekolah Kebangsaan Kampung Besut (39).

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di Segamat berkurangan kepada 54 orang dengan dua pusat pemindahan masih dibuka setakat pagi ini.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, setakat pukul 10 pagi, sembilan keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan di balai raya Kampung Batu Badak dan balai raya Kampung Pogoh 2. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan