Seorang Lagi Kanak-kanak Dikurung Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tangisan kanak-kanak perempuan yang berlarutan lebih 10 jam di sebuah rumah pangsa di Jalan Perak di sini awal hari ini mengejutkan seorang jiran yang pergi ke rumah itu apabila mendapati kanak-kanak itu dikurung dalam rumah berkenaan.

Jiran berkenaan yang enggan dikenali berkata beliau mendengar kanak-kanak itu menangis dan sesekali meminta tolong sejak pukul 3 petang semalam hingga 1 pagi ini.

"Saya menghubungi polis awal pagi ini selepas mendapati kanak-kanak perempuan berkenaan masih menangis," katanya ketika di temui di sini.

Jurucakap polis berkata sepasukan anggota polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan berkenaan.

Katanya polis mengambil masa lebih setengah jam untuk masuk ke rumah berkenaan kerana ia berkunci.

"Selepas mendapat bantuan daripada jiran di flet berkenaan, polis berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dalam keadaan takut dan trauma itu kerana ditinggal seorang diri," katanya.

Jurucakap polis itu berkata ada beberapa jiran menyedari bapa kanak-kanak itu pulang ke kawasan perumahan berkenaan tetapi lelaki terbabit melarikan diri selepas ternampak polis di rumahnya.

Katanya hasil maklumat jiran, polis cuba menghubungi anggota keluarga kanak-kanak malang itu tetapi gagal.

"Kanak-kanak itu di bawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini untuk pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan luka di tangan, badan dan kakinya," katanya.

Katanya polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak malang itu didera dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya polis juga sedang mengesan bapa kanak-kanak itu yang berumur lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.

Pada 29 Disember lepas, polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mendera dua anaknya dengan mengikat kaki mereka dan mengurung kedua-duanya dalam bilik air di rumah mereka di Jalan Raja Uda, Butterworth. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan