Pemuda BN Sarawak Kutuk Penganjur Kempen 'Bebas Anwar 901'

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak mengutuk sekeras-kerasnya penganjur kempen 'Bebas Anwar 901' sempena keputusan kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.

Ketuanya, Datuk Fadillah Yusof berkata kempen itu menggambarkan mereka yang bersimpati dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak menghormati undang-undang negara dan meletakkan kepentingan individu lebih daripada kemakmuran rakyat dan negara.

Beliau berkata penganjur itu juga mahu memburuk-burukkan imej negara sekaligus memberi gambaran negatif kepada pelancong dan pelabur tentang Malaysia.

Katanya penganjur berkenaan juga jelas mempermain dan mempersendakan serta cuba melengah-lengahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kes liwat itu pada 9 Jan ini.

Dalam pada itu Fadillah menasihati rakyat Sarawak yang berada di ibu negara ataupun di mana-mana sahaja agar mereka tidak terjebak dan terbabit dalam perhimpunan yang tidak memberi faedah kepada negara. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan