Pembangkang Lebih Gemar Fitnah, Bukan Pastikan Kerajaan Laksana Tanggungjawab

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Pembangkang di negara ini lebih gemar memfitnah daripada memainkan peranan "check and balance" bagi memastikan kerajaan yang dipilih rakyat melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demi kepentingan politik sempit mereka, pembangkang berusaha memburukkan kerajaan dalam pelbagai isu khususnya membabitkan kenaikan harga barang dan inflasi.

"Pelbagai usaha dibuat kerajaan Barisan Nasional untuk mengurangkan beban rakyat, sebaliknya pihak pembangkang hanya berusaha memburuk-burukkan apa yang dibuat kerajaan," katanya pada majlis ramah mesra bersama orang ramai, di sini.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata pembangkang di negara ini hanya tahu mengkucar-kacirkan keharmonian negara bukan membantu rakyat menaikkan taraf hidup mereka.

Justeru beliau meminta rakyat di negara ini agar memperkukuhkan lagi perpaduan dan tidak sekadar menerima dakwaan pembangkang tanpa menimbang usaha yang dilakukan kerajaan.

"Perpaduan yang sedia wujud hari ini bukan datang bergolek tetapi melalui pelbagai cabaran dan ujian sejak negara mula mencapai kemerdekaan.

"Jadi jangan kita musnahkan keharmonian dan perpaduan yang wujud ini apabila kita mudah terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang ingin memecah-belah kerjasama rakyat yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata usaha meruntuhkan apa yang telah dimiliki bukanlah sesuatu yang susah.

"Untuk meruntuh atau memusnahkan perpaduan dan kerjasama antara kaum amat mudah sekali tetapi untuk membinanya kita terpaksa mengambil masa yang lama dan perlu membayar dengan harga yang cukup mahal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan