MB Terengganu Beri Amaran Pihak Cuba Murtadkan Orang Islam

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu memberi amaran kepada mereka yang dianggap cuba 'bermain api' untuk memurtadkan umat Islam termasuk orang kelainan upaya (OKU) di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, mereka yang terlibat harus menghormati umat Islam dan menghentikan perbuatan yang bertentangan dengan perlembagaan negara yang dikhuatiri akan mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

"Gerakan itu sangat serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)...JHEAT perlu mengemukakan laporan kepada kerajaan. Kita juga minta kerjasama masyarakat Islam yang tahu mengenainya agar memaklumkan kepada pihak berwajib.

"Perkara ini adalah isu yang sensitif, ini soal yang serius. Jangan cuba bermain api," katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak mangsa kemalangan jalan raya, Iman Adam Raman, 9, yang lumpuh di Kampung Kebor Besar dekat sini Isnin.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan JHEAT baru-baru ini bahawa wujud pihak tertentu yang bergerak aktif dalam usaha memurtadkan umat Islam di negeri itu termasuk OKU.

Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Saleh ketika mendedahkan perkara itu baru-baru ini berkata gerakan itu turut menyusup ke hospital-hospital untuk memperdaya para pesakit yang sebatang kara selain mat-mat rempit dan golongan tidak berkemampuan.

Mohd Rozali turut meluahkan kebimbangannya dengan gejala itu dan menurutnya tindakan sewajarnya akan diambil bagi membendungnya daripada menjadi bertambah serius.

Ahmad bagaimanapun menjelaskan pihaknya masih belum menerima laporan terperinci mengenai perkara itu daripada JHEAT. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan