Mangsa Banjir Di Perlis Terus Meningkat

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di Perlis meningkat kepada 557 orang sehingga pukul 8 pagi Isnin.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Abdullah Ali berkata, mereka adalah daripada 165 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan yang beroperasi sejak semalam.

Semalam, 278 orang daripada 73 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan dan malam tadi dua lagi pusat pemindahan dibuka menjadikan keseluruhannya enam pusat peminahan.

Banjir melanda Perlis sejak semalam berikutan hujan lebat di utara Perlis bermula tengah malam semalam.

Pusat-pusat pemindahan yang dibuka ialah di dewan Kampung Kok Mak, Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Tinggi, Dewan Setia Padang Melaka, SK Batu Bertangkup, Dewan Kampung Panggas Besar dan surau Panggas Kecil.

Katanya anggota penyelamat termasuk polis, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan para sukarelawan sentiasa memantau keadaan bagi memindahkan mangsa-mangsa banjir.

Abdullah berkata, pengurusan mangsa banjir berjalan lancar apabila kira-kira 150 anggota pertubuhan sukarela turut membantu menghulurkan tenaga mereka selain jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di kawasan terbabit banjir.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan dua bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim serta Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh bergerak secara bersama ke pusat-pusat pemindahan banjir malam tadi bagi menghulurkan sumbangan. BERNAMA

Tags / Kata Kunci: mangsa banjir , Perlis , banjir , pusat pemindahan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan