Mahasiswa Jangan Jadi Alat Pihak Berkepentingan - Zambry

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kepimpinan setiap gerakan mahasiswa perlu jelas dengan apa yang mereka perjuangkan supaya tidak menjadi alat kepada kumpulan yang berkepentingan lebih besar, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry yang pernah aktif dalam gerakan mahasiswa dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998 menyifatkan perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim itu, jelas mempunyai matlamat tertentu.

"Kita dengar apa yang berlaku dan sebab itu selalu ingatkan gerakan penuntut, sebagai kepimpinan dalam gerakan, janganlah sampai menjadi alat untuk memuaskan dan memenuhi kehendak satu-satu kumpulan dan parti," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pemain bola sepak skuad Perak di kediaman rasminya di sini, Isnin.

Zambry diminta mengulas kekecohan dalam perhimpunan haram anjuran SMM di ambang sambutan tahun baru di UPSI membawa kepada dua anggota kumpulan itu cedera kerana didakwa akibat tindakan polis yang cuba menyuraikan mereka.

Semalam, Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan tuduhan anggotanya menggunakan kekerasan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan haram itu yang tersebar di beberapa blog.

Kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri manakala perhimpunan itu haram kerana tidak mempunyai permit dan SMM pula sebuah persatuan yang tidak berdaftar, katanya.

Zambry berkata ada pihak yang mengambil kesempatan daripada kejadian itu dengan tujuan meraih simpati orang ramai untuk menyokong mereka.

Beliau berkata tindakan mengganggu ketenteraman awam termasuk perbuatan merempuh sebuah klinik semasa perhimpunan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Apa pun perbuatan mengganggu keharmonian dan kedudukan awam satu perkara yang tidak boleh diterima. Biarlah polis membuat siasatan menyeluruh sama ada tindakan mereka itu dalam lingkungan yang dibenarkan atau tidak," katanya.

Awal pagi semalam, kira-kira 70 penuntut beberapa universiti berhimpun secara haram di pekarangan UPSI bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971. Mereka juga mendesak supaya penuntut UPSI Adam Adli, yang menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno pada 17 Dis lepas, tidak dikenakan tindakan tatatartib oleh pentadbiran universiti berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan