Jambatan Runtuh, 2,000 Penduduk Orang Asli Terputus Hubungan

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Kira-kira 2,000 penduduk Orang Asli dari 30 kampung sekitar Pos Balar dan Hau dekat sini, terputus hubungan apabila jambatan kayu yang menghubungkan mereka dengan jalan utama runtuh petang Isnin.

Berikutan kejadian pukul 4 petang itu juga 20 guru Sekolah Kebangsaan Balar termasuk guru besarnya yang dalam perjalanan ke sekolah tersebut terkandas.

Selain itu, runtuhan tanah dilapor berlaku di beberapa kawasan di laluan menuju ke pos terbabit dan menghalang semua jenis kenderaan melaluinya susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas.

Guru Besar SK Balar, Zakaria Mustapha berkata beliau bersama 19 guru dan 16 murid anak Orang Asli yang dalam perjalanan ke sekolah berkenaan terpaksa berpatah balik untuk bermalam di bandar Gua Musang.

Katanya, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Pejabat Pelajaran Daerah Gua Musang dan kini terpaksa menunggu jambatan tersebut dibaiki sebelum dapat ke sekolah yang terletak beberapa kilometer dari jambatan runtuh.

"Kami juga terkejut melihat kejadian jambatan kayu balak itu runtuh secara tiba-tiba, tetapi bernasib baik tidak kebetulan rombongan kami berada di atas jambatan terbabit jika tidak tak tahulah apa yang terjadi.

"Apapun kami semua bersyukur kerana terselamat daripada bahaya walaupun terkandas di situ sebelum berpatah balik ke bandar ini untuk bermalam," katanya.

Seorang penduduk Orang Asli, Along Uda, 38, berkata ini adalah kali pertama jambatan kayu balak itu runtuh.

Beliau juga berkata jalan menuju ke 30 kampung pedalaman itu juga berdepan dengan kejadian tanah runtuh dan mendapan jalan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan